Ramlee Legacy Enterprise

Loading

Kenapa Perlu Ada Pendapatan Tambahan

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Pendapatan Tambahan

1. Pendapatan tidak mencukupi

Setakat hari ini, gaji minima untuk seorang pekerja RM1,500 je. Duduk di luar bandar pun ada yang merungut gaji tak cukup, apatah lagi yang duduk di tengah bandar. Tidak hairan ramai yang tergolong dalam kalangan miskin bandar ketika ini. Itu cerita orang yang makan gaji. Yang kerja sendiri lagi macam mana, fikir-fikir lah sendiri.

Bila semua duit gaji habis untuk membayar komitmen bulanan, sudah tentu anda tak dapat menikmati hasil gaji anda sendiri. Nak simpan memang tak boleh lah.

2. Kos sara hidup yang tinggi!

Harga barang ni memang ada je yang naik. Pergi pasar, supermarket, hari ni harga lain, pergi besok harga dah lain. Yang biasanya harga naik, yang turun tu memang jarang lah. Kita mungkin boleh usaha cuba kurangkan belanja, contohnya dulu makan 3 kali sehari, sekarang makan 2 kali kali sehari. Boleh ke?

Memang susah kan. Memang mustahil untuk kita tidak berbelanja langsung. Dunia hari ini, semua benda kena bayar. Nak masuk tandas kena bayar, nak parking pun kena bayar dan macam-macam lagi.

3. Nak bebas hutang

Anda hidup dibelenggu hutang?
Dapat gaji je, kena bayar macam-macam. Bayar rumah, bayar kereta, hutang kad kredit, personal loan, dan macam-macam lagi. Setiap kali anda dapat gaji nafas jadi sesak fikirkan semua komitmen yang anda kena bayar.

Kalau ada pendapatan tambahan, boleh cepat langsaikan segala hutan supaya kepala pun boleh tenang sikit.

4. Boleh penuhi kemahuan/keperluan diri

Mungkin gaji anda sekarang dah ok tapi anda mesti ada keinginan untuk capai sesuatu dengan segera. Nak beli rumah baru, nak beli kereta baru, nak beli hp baru. Lebih lagi kita hidup dalam arus media sosial. Terdedah dengan gaya hidup tanpa batas yang secara tidak langsung akan pengaruhi keinginan anda. Tengok kawan pergi cuti-cuti, nampak best je kan? Kita pun nak pergi juga.

Jadi, nampak tak betapa pentingnya kita ada pendapatan tambahan, supaya kita boleh menyimpan, hadap kos sara hidup yang semakin mahal, boleh cepat langsaikan hutang, ada duit lebih untuk berbelanja, reward diri sendiri, keluarga dan membolehkan anda memenuhi kemahuan anda.

5. Kita perlu ada simpanan.

Semua orang kena ada wang simpanan. Semasa PKP dulu ramai yang tidak boleh bekerja. Ramai yang hilang pendapatan. Mereka terpaksa keluarkan wang simpanan mereka. Yang ada simpanan tu ok la, yang takde simpanan, macam mana?

Kita pun tak tahu apa akan berlaku kepada kita besok, 5 atau 10 tahun akan datang. Tetiba diri sendiri sakit, ahli keluarga sakit, kereta rosak dan macam-macam cerita terkejut yang lain, mana kita nak cari duit. Jangan kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kita tak nak jadi batu kan?