Ramlee Legacy Enterprise

Loading

Jenis Perniagaan Paling Sesuai Masakini

Kenapa Perlu Berniaga Secara Online

Konsep perniagaan menerusi Internet dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kos yang tinggi atau modal yang besar mahupun pengalaman luas dalam perniagaan.

Dengan hanya berbekalkan komputer atau telefon pintar dan Internet mereka sudah pun mampu membina perniagaan dan menjana pendapatan sendiri

Sebagaimana biasa, perniagaan melalui Internet ini juga memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Yang berbeza ialah urusniaga Internet dijalankan secara dalam talian dan kedua-dua belah pihak tidak bersemuka dalam semua proses jual beli tersebut.

Perniagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara tidak langsung juga dapat memenuhi pesanan pelanggan tidak kira waktu sama ada pagi, petang atau malam.

Sehingga kini sudah ramai yang berjaya membina rangkaian perniagaan Internet. Ada yang menjual produk kesihatan, pakaian, tudung, kosmetik dan sebagainya. Peningkatan penggunaan telefon pintar serta penggunaan aplikasi media sosial telah merancakkan perniagaan melalui internet.

Maka ruang dan peluang inilah sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh semua yang memerlukan pendapatan tambahan. 

Semua yang berminat untuk meneroka dan menceburi bidang perniagaan Internet, perlu menguasai ilmu terlebih dahulu. Sebaik-baiknya belajarlah daripada mentor sebelum memulakan perniagaan Internet ini. Siapa tahu anda yang baharu berjinak-jinak memulakan perniagaan Internet pada hari ini boleh bergelar seorang usahawan berjaya atau seorang jutawan tiga tahun akan datang.

12 Sebab Kenapa Anda Patut Mulakan Bisnes Network Marketing

Jika anda ingin berniaga sendiri, mempunyai produk sendiri, banyak perkara yang harus difikirkan, itu belum lagi kos-kos lain seperti sewa kedai, kos utiliti dan sebagainya.

Sekiranya anda memulakan perniagaan Network Marketing, anda akan dapati semua soalan tadi terjawab dengan mudah. 

1. Bisnes MLM adalah perniagaan yang rendah risiko.

Ya, dengan modal permulaan yang rendah anda sudah boleh mempunyai bisnes anda sendiri.

2. Produk yang bagus dan berkualiti pastinya mempunyai permintaan yang tinggi

Hanya produk yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan mendapat tempat dihati pengguna. Pengguna yang berpuas hati dengan produk, barulah akan buat pembelian untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Hingga sampai satu masa, pengguna itu tadi menjadi pengguna setia

3. Hasilkan pendapatan berulang kali dari pelanggan yang sama (Repeat Order) 

Ini biasa berlaku terutama sekali apabila produk yang dijual adalah produk dari jenis yang selalu digunakan atau produk keperluan pengguna.

4. Potensi pendapatan yang lumayan

Kalau kita buat bisnes, semuanya terpulang pada kita. Kalau serius nak income yang lumayan, usaha pun kena sama serius juga.

5. Bisnes ini tak memerlukan anda mencari pekerja

Sekiranya anda nak buat bisnes, tapi inginkan bisnes yang boleh dijalankan secara santai, maka pilihlah sama ada buat bisnes online ataupun buat bisnes MLM. Yang penting, bisnes tersebut sah di sisi undang-undang dan berikan pendapatan yang halal.

6. Tak memerlukan anda untuk simpan stok produk 

Bisnes MLM pada ketika ini sudah menggunakan teknologi. Kita sebagai ahli sudah tidak perlu lagi membeli stok produk. Jika ada pelanggan yang minat untuk membuat tempahan produk, boleh dibeli sama ada melalui laman web syarikat ataupun melalui apps.

7. Kos untuk menguruskan bisnes yang rendah

Dari segi wang ringgit, bisnes MLM ni memang tak perlukan belanja yang banyak. Sebaliknya, untuk jalankan bisnes ni, kos yang paling penting sekali ialah rajin.

8. Leverage

Itu kelebihan bisnes MLM. Kita dapat manfaat daripada kerja orang lain, sedangkan orang itu hanya perlu buat kerja yang memang dia perlu buat. Dan bila kita buat kerja kita, orang lain juga akan dapat manfaat.

9. Bisnes anda tidak terhad hanya di satu lokasi

Dengan bantuan internet dan social media anda dapat buat bisnes dengan pelanggan di seluruh Malaysia.

10. Capai kebebasan kewangan

Dalam bisnes MLM, ianya tak mustahil untuk berlaku. Cuma janganlah fikir ianya sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ia mungkin ambil masa, dan setiap orang ada laluan perniagaan yang berbeza

11. Boleh buat secara part time

Bila bisnes ini dibuat secara part time, maka pendapatan yang bakal dihasilkan juga tak boleh disamakan dengan mereka yang betul-betul push untuk buat bisnes ni fulltime.

12. Hanya perlu luangkan beberapa jam sahaja dalam satu hari

Saya tahu anda sibuk. Anda ada banyak kerja dan urusan. Saya faham anda penat.

Namun sekadar mengatakan “saya sibuk” atau “saya penat” ia langsung tidak akan mengubah apa-apa. Esok, rutin yang sama perlu diulang.

Jadi kenapa masih nak beri alasan sibuk dan penat, bila tawaran untuk sama-sama buat duit menerusi bisnes dihidangkan kepada anda.  Jika dengan izin Allah satu hari nanti, bisnes tersebut berjaya, anda sendiri yang untung.

Pilihan ditangan anda. Buat sedikit kajiselidik syarikat mana yang anda harus sertai, industri mana yang anda ingini, Kumpulan Network Marketing yang bagaimana harus anda pilih dan sebagainya.

Yang pasti buat pilihan yang bijak menerusi Network Marketing, kerana apa yang anda akan perolehi dalam sesebuah perniagaan Network Marketing ialah Anda tidak perlu bekerja untuk Wang selama-lamanya, tetapi Wang yang akan bekerja untuk anda

4 Ciri Penting Memilih MLM Yang Genuine

Apa itu MLM?

Multi-level Marketing atau dalam kata lain Pemasaran Berperingkat.

Jika anda seorang rakyat Malaysia, mesti sangat allergik dengan MLM ni. Dan jika anda berfikiran negatif sejurus mendengar perkataan MLM, maka anda sebenarnya belum faham konsep perniagaan yang berasaskan MLM sebenar.

Kenapa saya cakap macam ni? Sebab jika anda dah tahu apa potensi MLM dan bagaimana ia bergerak, percayalah, anda akan gila-gila buat MLM dan menyesal selama ni tak buat.

Produk Yang Berkualiti

Ya. Selain produk yang berkualiti, ianya juga perlulah ada ‘demand’ yang tinggi dan sesuai untuk semua golongan — lelaki & perempuan, tua & muda dan sesuai digunakan dari kepala hingga ke kaki. Yang paling penting, mestilah disahkan selamat dan berkesan! (Terutama sekali jika ianya ialah suatu produk kesihatan).

Syarikat Yang Kukuh

Kebanyakan syarikat yang bertopengkan MLM tetapi tidak praktikkan sistem yang sebenar, cepat meletup-letup jualannya dalam 2 tahun pertama. Tetapi selepas itu diam membisu. Tiba-tiba, muncul pula sebuah syarikat yang lain. Seakan-akan sama konsepnya tetapi berlainan nama dan produk pula. Pastikan latar belakang syarikat diperiksa terlebih dahulu dan sudah beroperasi dengan jayanya sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Sistem Sokongan

Syarikat haruslah menyediakan sistem pendidikan serta info dan bahan-bahan yang cukup pada pengedar di HQ. Ini agar mudah untuk para pengedar baru mempelajari tentang produk & syarikat dengan lebih mendalam. Sistem pendidikan termasuklah perjumpaan mingguan dan bulanan secara percuma kepada ahli di HQ atau lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Boleh diduplikasi

Ini adalah kunci dan segala kunci dalam network marketing atau multi-level marketing. Jika sistem nya sukar untuk diduplikasikan, maka sukarlah rangkaian untuk berkembang. Sebab itu penting untuk para pengedar menjaga tatasusila dan menyampaikan yang baik-baik aje, di samping memberi contoh yang baik kepada pengedar-pengedar yang lain di bawahnya. Juga, jika sistem terlalu kompleks atau yuran yang dikenakan adalah terlampau mahal, pasti sukar untuk diduplikasi kepada rangkaian yang seterusnya.

Saya telah meneroka pelbagai syarikat MLM sejak Julai 1985. Kini saya yakin telah temui satu perniagaan yang terbaik setakat ini !

 

Mejar Ramlee Sulaiman TUDM (Bersara)

PENTING: Pendapatan dan Penafian Undang-undang

Kami tidak percaya dengan program cepat kaya. Kami percaya pada kerja keras, menambah nilai dan berkhidmat kepada orang lain. Dan itulah yang program kami direka untuk membantu anda lakukan. Seperti yang dinyatakan oleh undang-undang, kami tidak boleh dan tidak membuat sebarang jaminan tentang keupayaan anda sendiri untuk mendapatkan hasil atau memperoleh apa-apa wang dengan idea, maklumat, program atau strategi kami. Walau bagaimanapun, tiada pada halaman ini atau mana-mana tapak web atau e-mel kami adalah janji atau jaminan pendapatan masa hadapan. Sebarang nombor kewangan yang dirujuk di sini, atau di mana-mana tapak atau e-mel kami, hanyalah anggaran atau unjuran atau keputusan lepas, dan tidak boleh dianggap tepat, sebenar atau sebagai janji potensi pendapatan – semua nombor adalah ilustrasi sahaja.

Potensi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada orang yang menggunakan produk, idea dan teknik kami. Kami tidak menganggap ini sebagai “skim cepat kaya.” Tahap kejayaan anda dalam mencapai keputusan yang dituntut dalam bahan kami bergantung pada masa yang anda luangkan untuk program, idea dan teknik yang disebutkan, kewangan anda, pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Oleh kerana faktor ini berbeza mengikut individu, kami tidak dapat menjamin kejayaan atau tahap pendapatan anda. Kami tidak dapat menjamin bahawa anda akan membuat apa-apa wang sama sekali. Kami juga tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan anda.