-
Oct, Tue, 2021
Jenis kencing manis
Secara umumnya, seperti apa yang sering menjadi kepercayaan umum, penyakit kencing manis sering dianggap penyakit yang akan menyerang individu dewasa yang lebih berusia. Tapi hakikatnya, penyakit kencing manis ini juga boleh berlaku dan bermula dari zaman kanak-kanak.

Penyakit berkaitan gula dalam darah ini boleh dibahagikan kepada dua subkategori utama; Diabetes Jenis 1 dan Diabetes Jenis 2.
#Diabetes Jenis 1
- Biasanya didiagnosis dalam zaman kanak-kanak
- Tidak semestinya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
- Biasanya dikaitkan dengan kadar keton yang tinggi
- Dirawat dengan suntikan atau pam insulin
- Tidak dapat dikawal tanpa pengambilan insulin
Diabetes jenis 1 merupakan sesuatu penyakit autoimun, yang mana sistem imun merosakkan sel-sel yang sihat dalam badan. Dalam kes ini, sistem imun merosakkan sel beta dalam pankreas sehingga pankreas tidak dapat menghasilkan insulin sendiri.
Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menjelaskan kenyataan tersebut. Diabetes jenis 1 memerlukan suntikan insulin secara kerap untuk mengimbangi kematian sel beta, jadi semua pesakit diabetes jenis 1 adalah bergantung pada insulin.
#Diabetes Jenis 2
- Biasanya didiagnosis pada umur 30 tahun ke atas
- Biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
- Biasanya dikaitkan dengan tekanan darah dan/ atau tahap kolesterol yang tinggi
- Rawatan awal adalah tanpa perubatan atau pil sebagai ubat kencing manis
- Berkemungkinan dirawat tanpa perubatan diabetes
Dalam kes diabetes jenis 2, sistem imun tidak merosakkan sel beta. Sebaliknya, diabetes jenis 2 dikategorikan sebagai ketidakupayaan badan untuk bertindak kepada insulin, yang juga dikenali kerintangan insulin dan insulin malsecretion.
Berbeza dengan diabetes jenis 1, diabetes kategori ini berlaku disebabkan oleh kerintangan insulin dan boleh juga ada kekurangan penghasilan insulin. Kerintangan insulin ini menyebabkan penghasilan glukosa daripada hati meningkat, pengurangan penggunaan glukosa oleh pelbagai organ-organ penting, peningkatan penyerapan semula glukosa oleh buah pinggang dan juga pengurangan penghasilan hormon incretin.
Jadi, diharapkan anda mungkin sudah memahami mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis penyakit kencing manis ini.
-
Oct, Tue, 2021
Simptom penyakit kencing manis
Berikut adalah beberapa simptom penyakit kencing manis umum yang boleh berlaku, antaranya seperti:
- Paras gula dalam darah tinggi
Ini merupakan antara simptom penyakit kencing manis yang paling mudah untuk dikenal pasti. Cara terbaik untuk mengetahui tahap gula dalam darah adalah dengan menjalani pemeriksaan. Paras gula dalam darah yang meningkat selepas makan adalah sesuatu yang normal. Tetapi sekiranya tahap gula dalam darah yang tinggi ini tidak menurun dan berterusan sepanjangan hari, ia adalah sesuatu yang tidak normal.
- Kehilangan berat badan
Antara simptom kencing manis yang mungkin berlaku adalah berat badan yang semakin berkurangan. Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan dalam jangka masa yang singkat, antara 2 hingga 3 kilogram dalam masa 2 atau 3 bulan. Jika anda sememangnya sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mungkin anda akan berasa gembira. Tetapi hakikatnya kehilangan berat badan ini bukanlah sesuatu yang menyihatkan.
Keadaan ini boleh berlaku apabila hormon insulin tidak berfungsi untuk membekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan akan menganggap ia sebagai satu signal kelaparan dan mengurai lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
- Sentiasa lapar
Seorang individu yang menghidapi penyakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu ia boleh menyebabkan tahap gula dalam darah merosot.
Apabila keadaan ini berlaku, di mana tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan akan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini akan diterjemahkan sebagai satu tanda lapar oleh badan. Rasa lapar yang berterusan adalah antara simptom kencing manis yang boleh diperhatikan.
- Kerap dahaga dan kencing
Antara simptom kencing manis yang boleh berlaku adalah anda akan kerap berasa dahaga walaupun setelah mengambil minuman yang mencukupi. Anda juga akan kerap untuk ke bilik air pada waktu malam.
Keadaan ini berlaku apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, sekaligus memaksa buah pinggang anda bekerja dengan lebih keras untuk menyingkirkan kandungan gula tambahan tersebut. Ini akan membuatkan anda menjadi kerap membuang air kecil, adakalanya ia akan berlaku beberapa kali pada waktu malam. Kekerapan untuk kencing ini akan mengakibatkan anda untuk menjadi lebih dahaga.
- Keletihan, gangguan emosi
Ketika badan anda sedang mencuba untuk mengimbangi kekurangan glukosa, ia akan memberikan impak kepada anda, di mana keadaan ini akan menjadikan anda keletihan. Anda perlu bangun untuk membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam, secara tidak langsung akan menyebabkan gangguan pada tidur anda dan keletihan pastinya akan mendatangkan gangguan kepada emosi, boleh menjadikan anda lebih cepat marah.
- Luka lambat sembuh
Ini adalah simptom kencing manis yang paling sering berlaku. Keadaan ini boleh terjadi disebabkan saluran darah yang rosak kerana glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ia mendatangkan kesukaran kepada darah yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan sampai kepada anggota-anggota badan yang diperlukan.
- Penglihatan kabur
Apabila tahap glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata. Keadaan ini akan menyebabkan penglihatan anda menjadi kabur. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh menjadi normal atau hampir normal apabila tahap gula dalam darah kepada kepada asal. Tahap gula darah yang tinggi, jika dibiarkan untuk tempoh yang panjang, cenderung untuk menyebabkan kerosakan kekal dan berisiko untuk menyebabkan buta.
- Jangkitan
Simptom kencing manis ini lebih berlaku kepada individu wanita. Anda perlu lebih berhati-hati kepada risiko jangkitan yis pada faraj. Diabetes secara umumnya akan melemahkan imunisasi badan, ini bermakna anda akan mudah untuk mendapat pelbagai jangkitan lain.

Sumber Rujukan:
https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-dua/simptom-penyakit-kencing-manis/
-
Oct, Mon, 2021
8 Jenis Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
1. Kekacang – boleh merendahkan tahap glycemic di dalam darah anda
2. Sayuran tidak berkanji – termasuklah sayuran berwarna hijau gelap, sayuran berdaun, lada dan lain-lain, membantu mengurangkan berat badan dan menstabilkan kada gula dalamn darah.
3. Buah-buahan sitrus – seperti tangerin, oren, graperuits, lemon dan limau memberikan sumber fiber yang baik.
4. Beri – strawberi dan beri biru memberikan sumber yang baik untuk gula semula jadi
5. Tomato – sumber vitamin A, C, E dan zat besi, juga membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser, khususnya kanser prostat dan penyakit jantung
6. Ikan berlemak – Ikan tidak mengandungi sebarang karbohidrat, oleh itu ikan tidak akan meningkatkan kandungan gula dalam darah anda
7. Bijirin penuh – makanan diabetes yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan ia tidak memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
8. Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak. Disyorkan susu skim dan yogurt.

Sumber Rujukan: https://hellodoktor.com/kencing-manis/makanan-terbaik-untuk-penghidap-diabetes/